Kerajaan dinasihat berhati-hati jangan sampai dilihat sekat kebebasan suara
Perkembangan terkini yang menyaksikan seorang ahli akademik dan seorang aktivis dipanggil polis berhubung dakwaan terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan, menimbulkan kebimbangan akan tercetusnya persepsi bahawa Kerajaan MADANI cuba menakut-nakutkan mereka yang bersuara. Menurut Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing, selagi apa yang dibicarakan tidak menghasut sentimen perkauman dan agama, maka kebebasan bersuara itu harus dipertahankan….