AGC fail rayuan kes kematian Zaharif, mahu pertuduhan bunuh dikembalikan terhadap pegawai kanan polis
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan supaya pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dikembalikan terhadap seorang pegawai kanan polis yang menyebabkan kematian seorang pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie tiga tahun lepas. Rayuan itu juga bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menjatuhkan hukuman penjara…