Satu kematian, 12 tertimbus dalam kejadian tanah runtuh
Kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak yang menimbus dua buah rumah awal pagi ini menyebabkan kematian seorang mangsa. Sejumlah 12 mangsa tertimbus. Setakat ini sembilan telah diselamatkan. Tujuh mangsa berada di rumah pertama dan bakinya di rumah kedua. Mangsa yang meninggal dunia ialah seorang remaja lelaki yang ditemui pada pukul 6.17 pagi….