Siasatan SPRM: 14 akaun bank, RM300 juta dan 1,700 pelabur
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 14 akaun bank sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap dakwaan penyelewengan hampir RM300 juta dana yang dikaitkan dengan seorang pakar pelaburan terkemuka yang bergelar “Tan Sri”. Seorang sumber berkata dua individu setakat ini telah ditahan, manakala lima premis di sekitar Lembah Klang telah diserbu pada hari Rabu dan Khamis….