AMANAH pertaruh barisan berpengalaman, anak muda dan pemimpin akar umbi di Negeri Sembilan
Parti Amanah Negara (AMANAH) mempertaruhkan gabungan pemimpin berpengalaman, tokoh anak muda serta individu yang dekat dengan masyarakat sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Menerusi perkongsian di Facebook, AMANAH berkata, sembilan calon yang diketengahkan itu dipilih dengan penuh rasa tanggungjawab serta diyakini mampu membawa aspirasi rakyat di kawasan masing-masing….