Ini sebabnya Malaysia dijangka tidak alami krisis bekalan minyak dalam tempoh terdekat
Malaysia dijangka tidak berdepan krisis bekalan minyak dalam tempoh beberapa bulan akan datang, meskipun terdapat kemungkinan kenaikan harga bahan api susulan ketidaktentuan pasaran global. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan itu disokong oleh kedudukan PETRONAS yang mempunyai rekod prestasi kukuh serta jaringan hubungan baik dengan negara pengeluar minyak dunia. Menurutnya, keupayaan syarikat petroleum negara itu…