‘Orang muda nak minum kopi, bukan dengar ceramah!’ – PH bawa Kopilih Harapan jelajah Melaka
Bukan sekadar mendengar ceramah, anak muda Melaka kini boleh minum kopi sambil menyoal, mencabar dan mengkritik calon Pakatan Harapan (PH) secara berdepan menerusi platform Kopilih Harapan. Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, pendekatan itu diperkenalkan bagi memberi ruang kepada anak muda menyuarakan pandangan tanpa perlu menghadiri ceramah politik…