PM Anwar gesa gencatan senjata diperluas ke Lubnan, bimbang keselamatan serantau kian meruncing
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menggesa peluasan gencatan senjata merangkumi Lubnan susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing di selatan negara itu serta peningkatan ketegangan serantau. Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbualan telefon semalam dengan rakan sejawatnya dari Lubnan, Nawaf Salam, sambil turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah. Menurut Anwar, Malaysia memandang serius perkembangan…