Kepintaran sahaja tidak cukup, Anwar gesa golongan profesional berani tolak rasuah
Kecemerlangan akademik dan kepakaran profesional semata-mata tidak mencukupi untuk mengangkat martabat negara jika tidak disertai nilai etika, integriti serta keberanian menolak rasuah dan ketirisan. Perdana Menteri menegaskan bahawa sesebuah negara atau tamadun bukan hanya dibangunkan melalui kemajuan fizikal dan angka pertumbuhan ekonomi, sebaliknya turut bergantung kepada golongan berilmu, berprinsip serta memahami amanah di sebalik kepakaran…