Tengku Zafrul ‘sekolahkan’ MP Pasir Gudang
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyanggah tuduhan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim kononnya kerajaan menyerahkan RM1 trilion kepada Amerika Syarikat (AS). Tengku Zafrul berkata, dakwaan tersebut jelas berpunca daripada individu yang tidak membaca keseluruhan teks perjanjian tetapi bercakap seolah-olah mereka berada di meja rundingan. “Banyak tuduhan berlegar…