Banjir kian memburuk, lebih 15,000 mangsa berlindung di 97 PPS
Banjir kian memburuk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 15,347 orang membabitkan tujuh negeri sehingga 8 malam ini. Kesemua mangsa daripada 5,293 keluarga berlindung di 97 pusat pemindahan sementara (PPS), menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 9,858 orang daripada 3,603 keluarga berada di 40 PPS. Paling teruk…