Perolehan Black Hawk, pesawat pejuang ditentukan Jawatankuasa Teknikal TUDM
Jawatankuasa Teknikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memutuskan sebarang perkara berkaitan perolehan aset pertahanan udara negara, sama ada helikopter Black Hawk atau pesawat pejuang F/A-18. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa mengikut dasar yang diamalkan kerajaan, pembelian berkenaan tidak akan ditandatangani jika penjelasan perolehan pesawat itu tidak dapat dipertahankan TUDM. “Soal sama…