Segamat bergegar lagi malam ini
Gempa bumi lemah berukuran magnitud 2.7 berlaku di Jementah, Segamat, Johor pada jam 7.55 malam tadi. Kejadian itu direkodkan pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, dengan magnitud 2.7 pada skala Richter. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa pusat gempa bumi itu terletak kira-kira tiga kilometer di barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer….