Selepas kes SPRM di Perlis, Terengganu, di mana integriti Pas?
Ketua Pemuda AMANAH Terengganu Muhammad Farid Mumazaini menyoal integriti Pas susulan penahanan seorang Exco Terengganu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan kerja bagi dua anak di syarikat berkait kerajaan negeri. “Lebih mengejutkan dan memalukan, perkembangan ini berlaku sejurus selepas negara dikejutkan dengan penahanan anak kepada Menteri Besar Pas Perlis oleh SPRM,…