Dakwa buruk tentang Menu Rahmah, Dr Halimah perlu minta maaf
Ahli Parlimen Kapar dari Pas, Dr Halimah Ali didesak supaya memohon maaf di atas kesilapan dan ucapan yang tidak bertanggungjawab di Dewan Rakyat kelmarin.
Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau telah menyemak hansard Parlimen dan mendapati Halimah memang membuat dakwaan yang tidak bertanggungjawab tentang Menu Rahmah itu.
Kit Siang yang berpengalaman lebih 50 tahun sebagai Ahli Parlimen itu ketika menulis tentang Halimah yang baharu menjadi Ahli Parlimen itu berkata, Halimah memang tidak berkata Menu Rahmah boleh menyebabkan kanser.
“Tetapi dia mengaitkan Menu Rahmah boleh menyebabkan kancer, penyakit autoimune atau autism,” kata Kit Siang.
Bagi beliau, ini adalah cara bercakap yang paling cuai dan tidak bertanggungjawab, sama ada di dalam Parlimen atau di luar, terutamanya bagi seorang ahli parlimen yang berlatar belakang profesional.
“Halimah harus memohon maaf dan tidak terus bercakap secara cuai dan tidak bertanggungjawab sekiranya mahu mendapatkan semula kredibilitinya,” kata beliau.
BACA JUGA Jualan Rahmah: Potongan harga hingga 30 peratus diperluas ke 222 Parlimen
JUGA Kecaman MP Kapar terhadap Menu Rahmah menghasilkan ‘Menu Halimah’