Hadi, bapa penggugat kestabilan negara

Walaupun dibantah oleh pelbagai pihak, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang nampaknya terus menerus cuba menggugat kestabilan politik negara.

Beliau bukan sahaja melanggar titah Yang Dipertuan Agong di peringkat Pusat bahkan melanggar titah Sultan Terengganu di peringkat negeri.

Hadi membuat dua kenyataan dan tindakan yang dianggap mengancam keselamatan dan menggugat kestabilan negara dan negeri.

Beliau secara terus terang berkata sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negara ini yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu dan diperkenankan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Padahal semua tahu, kestabilan politik sangat diperlukan untuk membina semula negara yang jatuh teruk selepas serangan Covid-19 sebelum ini. Tambahan lagi dengan amaran Bank Dunia tentang kegawatan ekonomi yang mungkin melanda seluruh dunia tahun ini.

Selain berkata dengan jelas mahu menjatuhkan kerajaan yang ada, beliau juga dengan jelas memperlecehkan kata dan titah Yang Dipertuan Agong apabila berkata, ia bukan qat’i atau kata putus.

“Kenyataan Agong satu kenyataan yang tidak qat’i jadi kata putus yang menghalang untuk ada perubahan dalam negara demokrasi.

“Mengikut Raja Berperlembagaan, (kedudukan) Raja di bawah Perlembagaan. Perlembagaan kita masih menjunjung demokrasi, dan ia tak bercanggah,” jelasnya yang ditujukan kepada Yang Dipertuan Agong.

Kenyataan MAIDAM yang melarang ahli politik beri kuliah dan khutbah di masjid. Kata Hadi, ada aku kesah.

Di Terengganu, Hadi dengan jelas menolak larangan yang dibuat oleh DYMM Sultan Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu yang melarang Ahli Parlimen dan Adun dari memberikan kuliah dan khutbah di masjid dan surau di negeri itu.

“Saya akan teruskan ceramah seperti biasa di surau-surau dan masjid-masjid,” kata Hadi ketika menjawab larangan MAIDAM itu.

Bagi Hadi, beliau sudah berdepan dengan larangan itu sejak tahun 1960an lagi.

Pemuda Pas berarak dengan pakaian perang tentera zaman silam sambil membawa senjata di Terengganu seolah-olah mahu menunjukkan kekuatan mereka.

Kenyataan Hadi pula dibayangi oleh tindakan Pemuda Pas Terengganu membuat perarakan dengan berpakaian perang di zaman dahulu sambil membawa tombak dan pedang.

Ia dibuat semasa Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Terengganu.

Semua ini berlaku selepas Hakim Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu mengarahkan Hadi membela diri dan menolak bantahan awal beliau terhadap petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh Umno di Parlimen Marang.

Ketika mengulas kenyataan Hadi mahu menjatuhkan kerajaan, penganalisis politik antarabangsa Dr Brigate Welsh berkata, Hadi adalah penggugat kestabilan negara yang tidak bertanggungjawab.

“Hadi Awang secara tidak bertanggungjawab dan salah meramalkan kejatuhan kerajaan. Komen beliau akan mengganggu pelaburan, menyusahkan pembentukan peluang pekerjaan,” kata Dr Bridget Welsh yang bertugas di Institut Kajian Asia, University of Nottingham, Kuala Lumpur.

Katanya, kenyataan ini turut akan meningkatkan polarisasi politik dan bertentangan dengan seruan agar semua bekerjasama untuk membina Malaysia yang lebih kukuh.

Sesungguhnya Malaysia tidak perlukan pemimpin sebegini dan penyokong Pas dan Perikatan Nasional (PN) perlu sedar, mereka sedang menyokong kemusnahan untuk negara.

Sedarlah segera Malaysia.

 

BACA JUGA Kenyataan Hadi beri kesan buruk, ancam kestabilan negara

JUGA Walaupun dilarang, Hadi beri kuliah macam biasa di Masjid Rusila

DAN JUGA Larangan ahli politik beri kuliah, khutbah di masjid jelas dituju pada Pas