Hadi mahu langgar titah Sultan ke, tanya netizen

Pendekatan yang diambil oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk melawan titah Sultan Terengganu yang tidak membenarkan pemimpin politik berceramah dan berkhutbah di masjid sangat bahaya.

Ini kerana, kenyataan Ahli Parlimen Marang untuk tidak mematuhi titah Sultan yang dibuat menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) itu sangat tidak kena.

Arahan yang dikeluarkan oleh MAIDAM berdasarkan titah DYMM Sultan Terengganu selaku ketua agama yang dikeluarkan pada 2 Mac 2023.

Ekoran itu, para netizen yang membaca berita Hadi yang tidak akan mematuhi titah Sultan Terengganu melalui MAIDAM itu melahirkan kekesalan mereka.

Ketika bercakap kepada media pagi tadi, Abdul Hadi berkata larangan terhadap semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ahli Dewan Negara memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu, termasuk khutbah Jumaat itu perkara lama.

“Itu mengulangi arahan yang lama, sejak tahun 1960an lagi,” kata Presiden Pas kepada wartawan.

Mengulas lanjut larangan itu, Abdul Hadi berkata, Pas sudah melaluinya sejak sekian lama.

Malah, Abdul Hadi berkata dia akan tetap meneruskan aktiviti berceramah dan khutbahnya seperti biasa di masjid dan surau-surau.

Bagi netizen, arahan Sultan dari nasihat Mufti dan ilmuan agama yang mahu menjaga kesucian Islam itu perlu dipatuhi.

Raja Mohd Shahrim I berpendapat, “Arahan Sultan dari nasihat Mufti dan ilmuan agama yang mahu menjaga kesucian Islam dari kelompok yang mencerca, menfitnah dan dikenali sebagai Ulama Su’u..

“Jika Sultan sebagai ketua agama Islam pun tak hormat, nak hormat pada sapa lagi..??” tulis beliau ketika mengulas kenyataan Hadi itu.

Mohd Najib Mustafa pula bertanya, “Nak lawan Istana ke?? orang Tua ni patut dah kena angkut polis, cubaan huru harakan negara…”

Saadiah Mahmudin pula berkata, “Betul la Islam ajar kedamaian kesejahteraan perpaduan bukan perpecahan saling membenci…yang Pas berpolitik nak menghuru harakan keadaan Malaysia…itu yang silapnya, disuruh bersama memimpin bongkak sombong…last meroyan.”

Shahrin Hamid pula berkata, “Ulama yang mewarisi watak Nabi SAW, akan membantu orang yang ingin berbuat baik, membantu usaha untuk membangunkan ekonomi negara, akan menyokong sepenuhnya usaha membanteras rasuah, akan menegur dan menghalang usaha pihak yang mengganggu gugat kestabilan negara dan paling kecil pun menghulurkan salam dan mendoakan kejayaan saudara seIslam untuk menguruskan kerajaan dengan baik dan cemerlang.”

Mohd Muhammad pula berkata, “Memang betul politik dibolehkan ZAMAN nabi di masjid….tapi Sultan Terengganu tak benarkan JUGA sebab ramai ahli politik yang bertazkirah di Masjid mengambil PELUANG berpolitik MELAMPAU! Hina sana sini. Caci sana sini. Sedangkan sesama ISLAM.”

 

BACA JUGA Nama Hadi Awang tiada dalam senarai penerima tauliah negeri Terengganu 

JUGA Walaupun dilarang, Hadi beri kuliah macam biasa di Masjid Rusila

Â