Kadar gaji minimum: Masih ada kilang berdegil

Bekas Setiausaha Agung Majlis Am Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC), N Gopal Kishnam menyambut baik langkah kerajaan dalam memperkasakan Akta Pekerja 1955 yang berkuatkuasa pada 1 Januari lalu.

Penguatkuasaan akta tersebut meliputi penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam, penetapan cuti paterniti tujuh hari, serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

Namun, N Gopal menimbulkan kebimbangan terhadap pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kerana sesetengah syarikat didakwa tidak mematuhi pelaksanaan kadar gaji tersebut.

“Saya lihat penguatkuasaan ini bagus tapi masih memerlukan lagi penambahbaikan dari segi pengawasan gaji minimum oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“JTK yang berfungsi sebagai badan penguatkuasa di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu memastikan majikan benar-benar membayar gaji minimum kepada pekerja iaitu RM1,500.

“Tetapi ada sesetengah kilang yang masih berdegil mengenakan gaji kurang daripada RM1,500. Saya harap JTK perlu melakukan sesuatu,” ujarnya ketika dihubungi Harapan Daily.

Terdahulu Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, mengatakan seramai 140,000 suri rumah telah berdaftar sebagai Pencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi melindungi golongan suri rumah daripada bencana dosmetik atau kematian sewaktu menguruskan rumah tangga.

Sesetengah masih berdegil tidak mematuhi pelaksanaan kadar gaji minimum.

Baca juga PM Anwar miliki keupayaan intelek yang tinggi – Dr Dzulkefly