Kerja keras MAFS berhasil: “Sekarang telur penuh rak, stok mencukupi” – Netizen

Usaha keras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam memastikan bekalan telur mencukupi di pasaran menampakkan hasil apabila stok sumber protein itu memenuhi rak jualan di premis-premis runcit.

Beberapa pengguna media sosial memuat naik perkongsian menunjukkan bekalan bahan makanan itu penuh di rak-rak telur.

Antaranya perkongsian pengguna Facebook, Norhayati Berahim yang memaklumkan bekalan telur di beberapa pasar raya di Melaka seperti Mydin dan Family Store, Melaka Mall mempunyai stok yang cukup.

Norhayati memaklumkan, setiap minggu dia perlu membeli sehingg lima papan telur untuk 20 orang anaknya dan lambakan bekalan itu amat melegakan.

“Sekarang sentiasa ada telur, Alhamdulilah. Kami memang banyak pakai telur. Seminggu lima tepek (papan) kami guna.

“Anak-anak semua nak makan guna telur (anak ramai nak dekat 20 orang, kami jaga anak-anak kurang bernasib baik.

“Sejak 5 hingga 6 minggu ini lega nak cari telur. Paling teruk September hingga November 2022.. 3 hingga 4 kedai pergi tak jumpa-jumpa. Stress masa tu,” katanya dalam laman kumpulan Facebook Kedai Apa Turun Harga Hari Ini (KETUHAR).

NSK Star Avenue Subang Bestari, telur berlambak pelbagai saiz dengan harga standard sekarang, kata Mangga Waterlily di Facebook

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ada beberapa pembeli yang berkongsi pengalaman sama, memberitahu Mydin Seremban 2 juga mempunyai stok bekalan telur yang banyak.

Ada juga yang meninggalkan komen mengatakan kementerian MAFS semakin menampakkan hasil biarpun pada awalnya agak berdepan kesukaran mencukupkan bekalan makanan dalam negara

“Alhamdulillah pelan-pelan kayuh. Yang hasad memanglah, hari ini jadi kerajaan esok dah tibai pasal telur. Insya-Allah setahun kita doakan cemerlang,” komen Fadzilah Rozita.

“Pelan-pelan. Kalau kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagus kerjanya, nikmat dia dirasai oleh semua. Pengikut Pas ke, Bersatu ke, PH ke atau siapa pun jangan duk kalut nak meruntuh kerajaan yang baik ini,” kata Nazri Ahmad.

Lambakan telur di pasar raya-pasar raya merupakan hasil inisiatif MAFS yang diketuai Datuk Seri Mohamad Sabu dalam usaha mencukupkan bekalan makanan itu.

Kerajaan membenarkan import telur dari India sebagai langkah sementara untuk menampung permintaan sehingga bekalan di pasaran tempatan kembali stabil.

BACA JUGA: Bekalan ayam, telur sudah mula pulih