PM: Bagan tidak batalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Lim Guan Eng (Bagan-PH) tidak membatalkan pengecualian cukai pendapatan sepertimana yang didakwa oleh Mahiaddin Yassin ((Pagoh-PN).

“YB Bagan tidak pernah membuat sebarang pembatalan sepertimana yang didakwa. Dakwaan tersebut tidak benar,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (Rasah-PH) dalam sesi pertanyaan perdana menteri.

“Kelulusan telah diberikan pada 25.2.2021 di luar kebiasaan kepada Yayasan dan Kumpulan Albukhary.

Beliau juga menjelaskan bahawa kuasa pengecualian dari cukai bukan di bawah bidang kuasa eksekutif.

“Kuasa pengecualian bukan kuasa menteri atau Perdana Menteri. Ia kuasa mutlak ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri,” kata beliau.

Beliau juga menjelaskan bahawa sesi pertanyaan perdana menteri dipendekkan kepada dua soalan kerana beliau perlu menerima kunjungan Presiden Singapura di Istana Negara.

BACA JUGA: Tuduhan Mahiaddin berkaitan Yayasan Albukhary terhadap Lim mencuri tumpuan