Tekanan sebenar kepada PN adalah sakau wang RM92.5 bilion

Tekanan sebenar kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN) sekarang bukan kerana sikap menekan Kerajaan Perpaduan di Persekutuan kepada kerajaan negeri di bawah PN tetapi kesilapan pemimpinnya sendiri.

Ini kerana, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa membantu kerajaan negeri termasuk Terengganu dan Kelantan terutama semasa musim banjir baru-baru ini.

Kesilapan terbesar pemimpin PN adalah mengaut duit rakyat dan negara untuk kepentingan parti mereka melalui projek-projek kerajaan yang mereka luluskan, kata Datuk Lokman Nur Adam, seorang jurucakap kepada presiden Umno.

Ia terbongkar apabila siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiga hingga lima peratus jumlah kontrak yang bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta akan disumbangkan kepada parti politik yang berkuasa ketika itu.

“Inilah tekanan sebenar terhadap PN sekarang. Tetapi salah siapa, memang kamu buat, kenalah tanggung.

“Pemimpin PN kini sangat tertekan,” kata beliau menjawab soalan tentang dakwaan pemimpin Pas kononnya Kerajaan Perpaduan menekan PN.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar menekan kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang.

Tuduhan yang sama juga dilemparkan oleh Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Samsuri mendakwa, sehingga sekarang PM Anwar tidak memanggil sebarang mesyuarat dengan pemimpin kerajaan negeri.

SPRM menahan seorang CEO sebuah syarikat yang dipercayai menjadi orang tengah dalam kerja-kerja menyakau wang kerajaan ketika diperintah PN.

SPRM baru-baru ini menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat yang dipercayai menjadi orang tengah kepada usaha mengambil tiga hingga lima peratus dari nilai kontrak kerajaan untuk parti politik yang memerintah ketika itu iaitu Bersatu.

Angka tiga hingga lima peratus itu didedahkan oleh para kontraktor yang terlibat mendapat projek kerajaan secara runding terus itu setelah mereka disiasat.

Jumlah tiga hingga lima peratus dari jumlah perbelanjaan kerajaan RM92.5 bilion adalah jumlah yang besar.

Jika tiga peratus, RM2.775 bilion akan diterima oleh parti berkenaan manakala RM4.625 bilion akan diperolehi oleh parti itu jika habuannya adalah lima peratus.

SPRM telah menahan lelaki 42 tahun itu ketika hadir memberikan keterangan dalam siasatan kes berkenaan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, 5 Januari lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif yang ditahan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 6 Januari dan ditahan reman selama lima hari.

Suspek yang ditahan itu dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan kontraktor dengan pihak atasan.

“Setakat ini, beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisyen sebanyak tiga hingga lima peratus sebelum dimasukkan ke akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik,” kata satu sumber kepada media.

Sumber itu berkata, SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta.

 

BACA JUGA Kaitan skandal rasuah Adam Radlan dengan Mahiaddin Yassin

JUGA Penangkapan dalang dijangka dedah modus operandi kes RM600 bilion

DAN JUGA SPRM diminta sentiasa beri perkembangan siasatan isu RM600 bilion

Â