Selepas 3 hari gempa di Turkiye, ramai masih hidup di bawah runtuhan

Walaupun sudah lebih tiga hari gempa bumi melanda selatan Turkiye, para penyelamat masih lagi berjaya membawa keluar mangsa-mangsa yang masih hidup yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan, lapor media Turkiye, Hurriyet Daily News.

Ekoran itu, para penyelamat dari seluruh dunia bergegas ke Turkiye dan Syria dengan kelengkapan penyelamat termasuk anjing pengesan.

Ramai dipercayai masih bertahan di bawah runtuhan bangunan dalam keadaan kesejukan berikutan cuaca sejuk di bawah kosong darjah Celsius yang melanda kedua-dua negara itu sekarang.

Feyzullah Polat, 35, dan anak perempuannya Zeynep yang berusia 9 tahun, ditemui oleh pasukan penyelamat 81 jam selepas terperangkap di bawah runtuhan apartmen di KahramanmaraÅŸ. Mereka ditarik keluar keluar hidup-hidup dari bawah runtuhan bangunan tempat kediaman mereka.

Dua lagi kanak-kanak, Mehmet Naim dan Melih, telah diselamatkan dari runtuhan 78 jam selepas gegaran di daerah Pazarcık. Ibu mereka juga ditarik keluar dari runtuhan hidup-hidup selepas mereka berdua dibawa keluar.

Seorang mangsa yang terperangkap dibawa keluar dari runtuhan bangunan dalam keadaan masih hidup selepas lebih 70 jam terperangkap.

Seorang bapa dan dua anak lelakinya, yang terperangkap di bawah sebuah bangunan di daerah Pazarcık, telah diselamatkan selepas kira-kira 76 jam. Mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital.

Keluarga Bağış juga ditarik keluar dengan kecederaan selepas menunggu selama 73 jam di bawah sebuah bangunan di bandar itu.

Ali Bağış yang berusia 55 tahun, Zelal Bağış berusia 40 tahun dan anak perempuan mereka Mir Berzan yang berusia 5 tahun dirawat kini dirawat di hospital selepas ditarik keluar.

Sementara itu, Nazime ÅžahinoÄŸlu diselamatkan selepas 80 jam terperangkap di bawah serpihan bangunan pangsapuri enam tingkat di Malatya.

Pasukan mencari dan menyelamat (JAK) Gendarmerie dari wilayah timur laut Erzurum, yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat di Hatay, menarik seorang gadis kecil dari runtuhan 76 jam selepas gempa itu.

Di Adıymana, pasukan juga menyelamatkan dua ahli keluarga Koşun yang tersepit dalam runtuhan.

Pasukan penyelamat dari Malaysia, SMART dan anggota Bomba juga turut bergegas ke Turkiye untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Pasukan penyelamat kedua Malaysia yang dihantar bagi membantu kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi Turkiye (MAS-10) yang tiba di Gaziantep pada petang Khamis semalam.

MAS-10 merupakan pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) disertai 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) berlepas dari Kuala Lumpur pada Rabu malam dan tiba di Istanbul 6 pagi, Khamis.

 

BACA JUGA Pasukan SMART ke ground zero gempa bumi di Selatan Turkiye hari ini

JUGA AMANAH bertemu Duta Turkiye, Syria zahirkan dukacita tragedi gempa bumi