Perak pula larang orang politik mengajar, khutbah di masjid

Selepas Terengganu dan Selangor, pihak berkuasa agama di Perak pula membuat keputusan melarang ahli politik memberikan kuliah atau syarahan agama di masjid dan surau di negeri itu.

Dalam surat pemberitahuan kepada pentadbir masjid-masjid seluruh daerah negeri itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) Harith Fadzilah Abdul Halim berkata penetapan dibuat Jawatankuasa Pengawasan Pengawasan Agama Islam negeri Perak itu turut melarang ahli Dewan Negara dan mereka yang mempunyai jawatan dalam politik serta pernah menjadi calon pilihan raya.

“Larangan mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di mana-mana masjid dan surau yang berdaftar dengan Jaipk hendaklah terpakai kepada individu yang telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara (sentor) atau terpilih sebagai ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mana-mana negeri.

“Individu yang tiada mempunyai sebarang tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak; individu yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik; dan individu yang menjadi calon bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil,” katanya dalam surut bertarikh 6 Mac, lapor Malaysiakini.

Surat ditandatangani Harith Fadzilah itu turut menyatakan larangan itu juga dikenakan kepada individu yang telah bersara sebagai ahli Dewan Negara atau ahli Dewan Rakyat atau Adun serta didapati kekal aktif dalam kegiatan-kegiatan politik.

“Jawatankuasa kariah masjid dan jawatankuasa surau hendaklah sentiasa memantau aktiviti mengajar atau bersyarah agar selari dengan matlamat pengajaran dan syarahan pengajaran dan syarahan iaitu pengukuhan ilmu dan pemupukan perpaduan masyarakat,” katanya.

Pada 2 Mac lalu, Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu telah mengeluarkan larangan kepada ahli politik untuk mengajar atau memberikan khutbah Jumaat di semua masjid dan surau di negeri itu.

Sebelum ini, Selangor telah berbuat demikian dengan cara menarik balik semua tauliyah mengajar agama kepada semua aktivis dan pemimpin politik.

 

BACA JUGA Hadi, bapa penggugat kestabilan negara

JUGA Hadi mahu langgar titah Sultan ke, tanya netizen

DAN JUGA Walaupun dilarang, Hadi beri kuliah macam biasa di Masjid Rusila