Dua disiasat ekoran kenyataan terhadap MKI

Dua individu sedang disiasat ekoran kenyataan terhadap Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI).

Perkara ini disahkan oleh pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan dua kertas siasatan telah dibuka oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) di bawah Akta Hasutan 1948 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kes-kes tersebut sedang disiasat pihak polis dan kami menasihatkan awam agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” kata Shuhaily dalam satu kenyataan.

Beliau tidak memberi maklumat berkenaan individu yang disiasat.

Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa ia berkaitan cadangan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang mencadangkan agar ahli Majlis Peguam bukan Islam turut dilantik ke Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah (JKMBTMS).

Jawatankuasa di bawah MKI itu dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke telah menjelaskan bahawa kenyataan Ngeh adalah berdasarkan kekeliruan berkaitan punca kuasa.

Ngeh juga telah memohon maaf dan menarik balik cadangannya itu.