Dulu Timbalan Presiden Pas yang kata kadar tarif air terlalu rendah

Timbalan Presiden Pas Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hampir kesemua operator air di negara ini berada dalam kerugian dengan kadar tarif air yang ada.

Beliau berkata demikian ketika menjadi menteri yang menjaga urusan bekalan air pada tahun 2020 lalu.

“Analisa yang dibuat oleh SPAN, purata tarif air di Malaysia ialah RM 1.39 bagi satu meter padu dan ia lebih rendah berbanding purata kos sebenar iaitu RM 2.35 bagi satu meter padu.

“Keadaan ini menyebabkan operator air berada dalam keadaan kewangan yang defisit dan sukar untuk mengekalkan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna,” kata Tuan Ibrahim dalam postingnya pada 10 September 2020 lalu.

Kini, apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan kenaikan tarif air semalam, para penyokong Pas bangkit bersuara membantah kenaikan tarif air ini.

Mereka menyifatkan tindakan SPAN ini tidak wajar dan menyusahkan rakyat.

Namun begitu, para pemimpin Pas yang berada di dalam kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menyokong tindakan SPAN itu.

Ini kerana, merekalah sebelum ini antara pihak yang mendesak agar SPAN menaikkan tarif air yang ada kerana ia tidak lagi wajar dengan kos pengurusan air yang terpaksa ditanggung oleh syarikat pengurusan bekalan air di setiap negeri.

BACA JUGA

Kerajaan Pahang pertimbang subsidi air untuk B40

Semua negeri tadbiran PN sokong kenaikan tarif air