Bagaimana bermulanya siasatan ke atas Aman Palestin

Oleh LIYANA MARZUKI

Al-kisahnya, terbongkar cerita Aman Palestin (AP) ini bilamana ALIFF AHMAD II persoalkan mereka. Ia bermula pada tahun 2021.

Yang ditanya kenapa lima tahun tidak dihantar audit ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)? Makanya mereka marah kan dia, terus claim (jawab) dapat pengecualian dan boleh tunda hantar laporan.

Bila disemak dengan SSM pula, rupanya AP temberang. Tak pernah mohon apa, maka mereka dikenakan kompaun. Mereka buat dek desakan orang awam, mintak maaf pun tidak.

Sejurus selepas itu, Mufti Perlis keluarkan arahan. Tiada agensi bawah negeri Perlis boleh sumbang ke AP lagi. Maka bermulalah siasatan atas pelbagai aduan.

Hujung tahun lepas SPRM bertindak. Hasil siasatan ditemui sesawang (web – jaringan) transaksi melalui syarikat proksi. Makanya 41 akaun dibeku melibatkan RM15 juta.

Ketika itu, AP cukup berlagak. Peguamnya siap bagi kata dua kepada SPRM, lepaskan akaun atau mereka ambil tindakan.

Fast forward 2 bulan, yang kena diambil tindakan bukan SPRM tetapi AP sendiri.

Hari ni pengerusi eksekutif (EC), ketua pegawai eksekutif (CEO) dan seorang pengarah mereka didakwa dengan 164 pertuduhan melibatkan penyelewengan dana RM85 juta.

Antara yang termasuk dalam pertuduhan, adalah dakwaan gubahan wang haram atau kata marhein “cuci duit” untuk beli:

  • 1 Semi-D mewah di Tropicana, Selangor
  • 6 rumah kedai 3 tingkat di Ipoh, KK dan Batu Pahat
  • 10 tanah lot di Hulu Selangor
  • 1 kilang di Bangi
  • 1 kereta Velfire dengan plat RAH2121
  • 131kg jongkong emas

AP ini ialah crown jewel (permata) ISMA- Ikatan Muslimin Malaysia. Dah berpuluh-puluh tahun kutip dana. ISMA inilah yang terpaling kanan dalam perjuang isu Melayu Islam. Banyak yang mereka salahkan orang.

Now you have to face the music. When the fat lady sings…

Kita doakan keadilan ditegakkan, bukan saja untuk rakyat Malaysia, tetapi juga rakyat Palestin.

….

Disusun dari tulisan asal dalam FB penulis.