Isu Ketua Pengarah Tourism Malaysia: ‘Hire & Fire’
Oleh LIYANA MARZUKI
Ramai yang keliru sebenarnya isu pemecatan Ketua Pengarah (KP) Pelancongan.
Ada kawan saya ingat Menteri pergi pecat Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan. Salah orang itu.
Yang diturunkan pangkat ini ialah Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
Nama popularnya “Tourism Malaysia”. Ia sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelancongan.
Isham Jalil siap buat kenyataan KP Tourism Malaysia ni seorang penjawat awam. Gigih dia rujuk Perlembagaan Persekutuan.
Yang dia gagal untuk beritahu, pegawai Badan Berkanun seperti Tourism Malaysia ini bukan penjawat awam.
Segala pelantikan mereka tertakluk di bawah Akta mereka sendiri dan pekeliling dalaman.
Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang dia rujuk itu tidak terpakai kepada Badan Berkanun.
Sudah khilaf besar di situ. Yang hairan, siap masuk akhbar lagi.
Jadi, bukan penjawat awam, bagaimana KP ni dilantik? Senang saja jawapannya, rujuk kepada Akta.
Seksyen 10 Akta Lembaga Tourism Malaysia, Menteri berkuasa sepenuhnya untuk lantik Ketua Pengarah ikut terma yang beliau tetapkan. Ia termasuklah sasaran kerja atau KPI.
Ini adalah kutu mana pergi komen nanti. Menteri ada kuasa lantik saja. Mana ada kuasa pecat atau turun pangkat. Tu dia, apabila ‘loyar’ buruk bersuara.
Kalau dia mengaji sampai habis di ‘law school’ mesti dia kenal peruntukan “Hire & Fire” di bawah Interpretation Act 1948.
Peruntukan ini beri kuasa kepada mana-mana autoriti, apabila dia ada kuasa melantik, dia automatik ada kuasa memecat atau menurunkan pangkat.
Legally, pada saya tiada salah prosedur penurunan pangkat tersebut.
Walaupun saya tidak berapa berkenan Menterinya ala samseng. Ingat dulu zaman PN, dia jadi Duta Khas ke China. Dia kata KP Kesihatan takut mati. Masa itu, ramai pun pakat hentam dia.
Tapi sekarang ‘we have to call spade a spade’ lah. Dah memang kuasa dia. Cuma dimainkan isu perkauman pula kerana Menterinya orang Cina.
Kalau ditanya ‘little bird’ dalam Kementerian, ada isu KPI tidak ‘perform’. Dah diberi masa setahun.
Kalau dia tidak puas hati, saman saja Menteri di mahkamah. Tapi pada saya, besar kemungkinan akan kalah.
*LIYANA MARZUKI merupakan pengamal undang-undang yang ingin mendidik masyarakat mengenai politik, demokrasi dan melawan propaganda.
BACA JUGA Manoharan dilantik Ketua Pengarah Pelancongan baharu