Sah hanya PH, PN bertarung di Sungai Bakap

Sungai Bakap menyaksikan pertarungan satu lawan satu di antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada 6 Julai ini.

Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim, mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon PH, Dr Johari Ariffin, 60, pada jam 9.03 pagi, sebelum disusuli calon PN, Abidin Ismail, 56.

Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua calon itu layak bertanding dan tiada bantahan diterima daripada mana-mana pihak.

Terdahulu, proses penyerahan borang pencalonan berakhir jam 10 pagi di Dewan Serbaguna Jawi di Taman Desa Jawi, Nibong Tebal.

Dr Johari Ariffin yang mewakili Kerajaan Perpaduan merupakan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.

Sementara itu, Abidin yang diuar-uarkan memiliki ISO 14001 tahun 2015 merupakan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal.

PRK N20 Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Terdapat 39,279 pemilih layak keluar mengundi pada 6 Julai depan membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

BACA JUGA Bayar RM150,000 kepada bekas menantu, Chef Wan anggap duit itu ibarat setitik di lautan

Â