‘Crush kita busy buat homework’ dikira hantaran jelik, abang bas didakwa lagi

Seorang pemandu bas yang dikenali sebagai ‘Abang bas’ dihadapkan sekali lagi ke mahkamah atas pertuduhan membuat komen dianggap jelik di akaun TikTok miliknya.

Komen jelik itu berkaitan kapsyen pada videonya, “hari ini crush kita busy buat homework” diikut tanda ‘love’ sambil memerhatinya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan TikTok dengan nama akaun ‘Abang Bas’ yang secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Tertuduh berusia 24 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dikemukakandi hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula bersama-sama kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Muar.

Selain itu, mahkamah mengenakan syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan dan tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa sehingga kes selesai.

Kelmarin, lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal serta memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017 dan Seksyen 15 (a) (iii) akta sama. 

Bagaimanapun, dia juga mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 namun gagal membayarnya.

BACA JUGA ‘Abang Bas’ kena reman lima hari akibat ‘crush’ murid sekolah rendah

BACA JUGA Buat ‘content’ crush dengan pelajar sekolah rendah, ini jawapan tegas menteri