‘The next Adi Putra’, budak genius 12 tahun jadi pelajar termuda daftar masuk UM
Tidak diduga seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mencipta sejarah, menjadi pelajar termuda yang mendaftar masuk ke Universiti Malaya semalam.
Berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Fatimah Binti Kari sekaligus menjadi tular di media sosial
Iz Emir dimaklumkan akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains dalam Matematik.
Sebelum itu, Iz Emir pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPN UKM) pada usia 6 tahun dan telah belajar subjek tingkatan satu.
Dia kemudian mengambil O-Level pada usia 8 tahun dan A-Level ketika berumur 11 tahun.
KPPN UKM merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk murid yang mempunyai potensi intelek semula jadi yang tinggi.
Sementara itu ramai yang meluahkan rasa kagum dengan kebijaksanaan Iz Emir selain ada yang menganggap ia “kelahiran kedua” Adi Putra atau “the next Adi Putra”.
Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai genius matematik, khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit).
Ketika berusia enam tahun, anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford di United Kingdom (UK) dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS).
BACA JUGA Gadis Indonesia ini dedah kenapa Malaysia miliki pengangkutan awam terbaik
BACA JUGA Penceramah tanpa tauliah akan diambil tindakan, Jawi beri amaran kepada siapa?