Ketua Polis KL sahkan 182 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh

Setakat hari ini polis sudah menerima 182 laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang dibuat di seluruh negara.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Ia berhubung buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang menjadi kontroversi kebelakangan ini.

Buku itu diterbitkan sejak 11 tahun lalu ketika Pakatan Rakyat (PR) terdiri dari gabungan parti PKR, DAP dan Pas.

Rusdi berkata, seramai 59 individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Jumlah keseluruhan laporan polis adalah sebanyak 182 telah diterima manakala kita telah rakam keterangan daripada 59 individu bagi membantu siasatan.

“Keterangan YB Hannah Yeoh masih belum diambil,” katanya kepada pemberita.

Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah difailkan Yeoh terhadap Tan Sri Musa Hassan berhubung kenyataan dibuat bekas Ketua Polis Negara itu pada satu forum di UiTM, pada 3 Januari 2020.

Yeoh mendakwa, Musa antara lain menuduhnya menulis buku ‘Becoming Hannah’ untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian, mempunyai hubungan dengan pendakwah Evangelis dan Yahudi untuk merosakkan Islam serta Malaysia selain mengutamakan kepentingan peribadi melebihi kepentingan negara.

Selepas mahkamah menolak saman fitnah Yeoh, pembangkang mula memainkan isu tersebut dengan mendesak pengharaman buku terbabit.

BACA JUGA Dah lama terbit sejak PR, buku Hannah boleh pula dianggap bahaya zaman PMX

BACA JUGA Ini rupanya sebab pembangkang bersungguh mainkan kembali isu buku Hannah Yeoh