13 pegawai Puspakom ditahan SPRM, kantoi didakwa terima rasuah RM1,500

13 pegawai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) didakwa menerima wang rasuah antara RM150 hingga RM1,500 sebulan sebagai balasan meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di pusat itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, pihaknya telah menahan kesemua pegawai pemeriksa kenderaan disyaki terlibat dalam sindiket terbabit.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 hingga 2 petang semalam semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM150 hingga RM1,500 sebulan secara tunai daripada ‘runner’ sebagai balasan membantu meluluskan pemeriksaan kenderaan di mana mereka bertugas.

“Penahanan kesemua suspek adalah susulan tangkapan enam pegawai pemeriksa kenderaan pada Isnin lalu dan juga hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atas seorang ejen yang diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini,” katanya menurut Astro Awani.

Sehingga hari ini, SPRM telah menahan 22 suspek termasuk 19 pegawai pemeriksa kenderaan, seorang ejen dan dua orang ‘runner’.

Dilaporkan, kesemua 13 pegawai pemeriksa kenderaan yang ditahan pada Selasa dan Rabu akan dilepaskan dengan jaminan SPRM, selepas keterangan diambil.

BACA JUGA CEO Puspakom bersuara lepas 6 pegawai digantung tugas gara-gara lulus kenderaan tak selamat

BACA JUGA Ada lori didakwa sewa tayar untuk masuk Puspakom, CEO tampil buka mulut

BACA JUGA JPJ serbu mengejut Puspakom, kantoi ada kenderaan tak selamat tapi dilepaskan

Â