AMANAH ajak Pas tolak politik fitnah, mari berlumba membuat kebaikan
Pemimpin AMANAH mengajak Pas untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan bukannya berlumba-lumba untuk membuat fitnah.
Pengerusi AMANAH Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, itulah teras politik Islam iaitu berlumba-lumba membuat kebaikan untuk semua.
“Dalam politik, adalah siapa lebih hebat berlumba-lumba membuat kebaikan.
“Kita berlumba buat kebaikan, tunjuk khidmat kita yang terbaik. Kita berlumba buat baik. Bukan berlumba-lumba buat fitnah,” katanya.
Izham mengulas budaya fitnah yang kini dipertahankan oleh pucuk pimpinan Pas dengan mendakwa tindakan memfitnah oleh salah seorang pemimpin Pas adalah kes terpencil.
Padahal, ratusan ribu ringgit telah dihabiskan oleh pemimpin parti itu untuk membayar saman selepas disahkan oleh mahkamah pemimpin mereka membuat fitnah.
Terbaru, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta ahli dan pemimpin parti itu menderma untuk membayar saman yang diperintahkan mahkamah terhadap ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Mohamad yang disaman oleh tiga pemimpin kanan DAP.
Menurut Izham yang pernah menyertai Pas tetapi lari meninggal parti itu dan bersama-sama menubuhkan AMANAH, Pas tidak boleh diperbetulkan lagi.
“Kita dah cuba betulkan Pas dengan jumpa pemimpin atasan tetapi tak boleh diubah lagi,” kata Izham yang kini adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Menurut Izham, AMANAH membawa politik Islam yang dibawa oleh bekas Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Nor dahulu.
“Islam yang rahmah, Islam yang ramah tamah, Islam medan dakwah, Islam yang bawa kebaikan kepada semua, Islam yang sederhana.
“Itulah Islam yang dibawa oleh kedua-dua pemimpin itu dan dibawa oleh AMANAH sekarang,” kata beliau.
Antara isunya adalah kerjasama dengan Dap.
Kata Izham, Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil boleh bersama dan bekerjasama dengan Dap walaupun ada perbezaan antara kedua-dua parti itu.
“Tetapi kedua-duanya (Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil) bekerjasama dengan Dap,” kata Izham.
Menurut Izham, jika dikatakan oleh Pas bahawa Dap sekarang ini semuanya salah, Dap ini jugalah yang kedua-dua pemimpin Pas itu bekerjasama dahulu.
“Kenapa dulu Tok Guru Nik Aziz dengan Ustaz Fadzil boleh bekerjasama (dengan Dap),” kata Izham.
Bagi beliau, tindakan Pas sekarang ini sebenarnya ada kepentingan politik.
“Minta maaflah… kalau nak guna politik fitnah macam ni, tak payahlah,” kata Izham menolak politik fitnah yang Pas mainkan.
BACA JUGA
Antara kejayaan politik Islam adalah dari permusuhan kepada persahabatan, kata pendakwah
Pas patut ambil tindakan disiplin, bukan bela dan kutip derma untuk bantu pemfitnah
Â