Pemuda Pas cakap tentang pengangkutan awam tapi stesen bas KB pun tak siap
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ‘disekolahkan’ orang ramai selepas mendakwa kerajaan seolah-olah tidak mengutamakan sistem pengangkutan awam yang canggih di negeri-negeri Pantai Timur.
Facebook rasmi Pemuda Pas Malaysia membangkitkan persoalan, adakah negeri di Utara Semenanjung hanya boleh menanam padi, sedangkan kilang-kilang pesat membangun di negeri lain.
Dalam sidang Parlimen semalam, Ahmad Fadhli meminta kerajaan untuk insaf sambil mempersoal sama ada pertumbuhan positif ekonomi negara dirasai semua rakyat jelata.
Hantaran itu kemudian dibalas ramai pengguna Facebook dengan persoalan tentang Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral).
Mereka bertanya apa jadi dengan stesen bas berkenaan yang sudah banyak kali kerajaan negeri Kelantan sudah menabur janji untuk menyelesaikan pembangunannya.
“Tengoklah kiri-kanan dulu sebelum bercakap, kau buat stesen bas pun macam reban ayam,” kata Encik Iszam.
“Selagi Pas mentadbir negeri Pantai Timur susahlah, stesen bas pun tak mampu buat,” kata pula Amanu Bhaijaan.
Ada juga yang memulangkan soalan itu kepada Ahmad Fadhli, bertanyakan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 33 bulan pernah insaf dengan sikap negeri Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyat dan membeli kereta baharu sedangkan rakyat mereka masih susah nak dapatkan air bersih.
Pada Julai 2022, kerajaan negeri Kelantan berjanji pembinaan KB Sentral bagi menggantikan terminal bas sementara di Lembah Sireh yang sudah beroperasi selama lebih 12 tahun, akan disiapkan pada penghujung 2025.
Kerajaan Pas negeri itu kemudian memaklumkan projek bernilai RM64 juta tersebut akan disiapkan pada penghujung 2026.
Namun, terbaharu pada Mac 2024, Exco Kelantan memberitahu bahawa ia bakal disiapkan menjelang 2027.
BACA JUGA Dulu janji siap 2025, sekarang kerajaan Kelantan kata terminal bas KB Sentral siap 2027
BACA JUGA Gaji minimum RM1,700 redakan tekanan kewangan, lonjak lagi ekonomi negara – Pakar
Â