Ini langkah reformasi kerajaan atasi masalah ketidakcukupan beras putih tempatan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu telah mengumumkan beberapa langkah reformasi yang akan memastikan keberadaan beras pada harga yang mampu untuk pengguna tanpa menganaktirikan mana-mana pihak.
“Kerajaan telah bersetuju menaikkan harga lantai lantai beras daripada RM1300 kepada RM1500 mulai 16 Februari,” kata Mohamad dalam sesi penjelasan menteri di Dewan Rakyat.

“Harga beras putih tempatan akan dikekalkan pada RM2.60 sekilo dengan peruntukan RM150 juta untuk tempoh enam bulan untuk mengeluarkan 24 juta kampit beras 10 kilogram,” katanya.
Selepas itu, katanya, kerajaan akan mengumumkan langkah seterusnya.
Beliau turut mengumumkan penubuhan agensi penguatkuasaan untuk mengawal selia industri beras dan padi yang diberi nama MARIA.
“Kita tak mahu mangsakan pesawah dan pengguna.”
Selain itu beliau turut mengumumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan penanaman padi lima musim dalam masa terdekat.
Ucapan Mohamad dibahas oleh tiga ahli Parlimen pagi ini, iaitu Sungai Petani, Shah Alam dan Beluran manakala seorang lagi akan berbuat demikian petang ini iaitu Arau.
Selepas itu, Mohamad akan menggulung perbahasan dengan menjawab perkara yang dibangkitkan oleh ahli Dewan Rakyat.
BACA JUGA
Insentif RM150 juta pastikan 24 juta kampit beras putih tempatan berada di pasaran
Beri insentif kepada petani yang tingkat hasil padi per hektar, baru mereka berlumba
Â