Jangan naik sarang pelacur untuk makan kuih raya, kata ulama Pas kepada pemimpinnya

Seorang ulama Pas terus menekan tindakan seorang pemimpin Dewan Ulama Pas yang dianggapnya terus bersilat tanpa memberikan jawapan yang betul atau memohon maaf.

Mokhtar Senik, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas ketika menulis menerusi facebooknya membuat analogi tindakan pemimpin Dewan Ulama Pas berkenaan sebagai seumpama naik ke sarang pelacur.

Jangan panjat bangunan yang ada kegiatan pelacuran walaupun anda naik sekadar memenuhi undangan para pelacur untuk makan kuih raya dan buat tahlil.

“Kerana orang awam melihat apa yang zahir dan itu sudah cukup membuka pintu fitnah,” tulis beliau yang dipercayai mengulas tindakan seorang Adun yang juga pemegang jawatan utama dalam Dewan Ulama Pas melawat sebuah kuil di Selangor dan terlibat di dalam upacara di situ.

Bagi Mokhtar, tindakan ini akan menyebabkan tuduhan Pas kepada musuh politiknya selama ini bahawa mereka mengamalkan jaran liberal, normalisasi perkara haram akan terjejas.

“Kita cakap golongan liberal berkerja kearah menormalisasikan perkara haram. Tapi kita?” kata belkau dalam tulisan itu.

Sehubungan itu, beliau meminta Adun berkenaan memohon maaf secara terbuka dan bukan cuba bersilat untuk mempertahankannya.

“Kalau dah terbuat, mohon maaf je secara terbuka tak perlu bersilat dan bertepis2. Jiwa kan kena besar kalau nak jadi orang besar.

“Kalau tak sanggup.. jadi jelah orang kecil yang berjiwa kecil. Jangan nafsu besar tapi jiwa kecil.

“Serabut tengok orang kuat bersilat. Penat,” tulis beliau.

Mokhtar dipercayai mengulas tindakan seorang pemimpin Dewan Ulama Pas yang menyertai satu majlis di sebuah kuil di Selangor.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bangi, Shahrezan Johan mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mokhtar.

Syahredzan melihat tindakan seorang wakil rakyat Pas yang melawat kuil bukanlah sesuatu yang perlu dipolemikkan.

Beliau memilih untuk tidak memainkan sentimen perkauman dalam isu ini seperti yang seringkali dimainkan oleh pembangkang.

Beliau secara rasional berkata, apa yang dilakukan oleh Adun Semenyih, Nushi Mahfodz sememangnya sebahagian daripada tanggungjawab seorang wakil rakyat.

“Kehadiran seorang wakil rakyat Muslim ke rumah ibadat bukan Muslim seperti kuil, tokong dan gereja sudah tentu bukan untuk mengikuti ritual keagaman, tetapi untuk menyantuni rakyat di kawasan tersebut yang telah menjemput wakil rakyat mereka.

“Wakil rakyat harus mewakili semua kaum dan agama, bukan hanya komunitinya sahaja,” katanya dalam satu ulasan di Facebook.

BACA JUGA Syahredzan anggap kunjungan Adun Pas ke kuil tidak perlu dipolemikkan

JUAGA ‘Kamu tak boleh ditegur’, ulama Pas berang pemimpin parti yang hancur akhlak