Rombakan Kabinet? Ini respon PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa beliau belum memikirkan berkenaan rombakan Kabinet setelah dua menteri meletakkan jawatan semalam.
“Belum. Belum (fikir rombakan). Mereka masih bercuti. Kita tak boleh ganti orang yang sedang bercuti,” katanya selepas perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini.
Pejabat Perdana Menteri semalam mengesahkan Anwar sudah menerima surat pengunduran Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad – serta meluluskan permohonan cuti mereka.
Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri ekonomi serta menteri sumber asli dan kelestarian alam selepas kalah dalam pemilihan PKR.
Selain dua tokoh PKR tersebut, Anwar juga perlu menggantikan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz apabila penggal beliau sebagai senator dalam bulan Disember.
BACA JUGA: Selepas Rafizi, Nik Nazmi menyusul letak jawatan
Sah, Rafizi letak jawatan Menteri Ekonomi