Melayu mudah lupa, Mahathir juga begitu tapi bukan Facebook

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ke – 100 pada bulan Julai.

Ya, 100. Bukan calang-calang orang yang boleh mempunyai tempoh hayat seperti beliau.

Antara petikan kata-kata beliau yang diingati ramai ialah “Melayu mudah lupa”.

Mungkin kerana usia, mungkin kerana beliau pun Melayu secara perlembagaan, maka Mahathir pun mudah lupa.

Terbaharu, ialah dakwaan beliau menandatangani surat pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2018 tanpa melalui Lembaga Pengampunan.

Mantan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dan Jabatan Peguam Negara telah pun menafikan dakwaan tersebut semalam.

Apa yang lebih menarik ialah laman Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai catatan dan gambar beliau berada di Istana Negara untuk menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Hantaran dengan satu ayat dan beberapa keeping gambar membuktikan bahawa pengampunan penuh tanpa syarat kepada Anwar dibuat mengikut prosedur.

Apa hendak dikata? Melayu mudah lupa, Mahathir mudah lupa.

Tapi Facebook tak lupa.

Mungkin sahaja beliau perlu memeriksa hantaran-hantaran Facebook yang dibuatnya ketika berada di tampuk kuasa sebelum membuat kenyataan sembreno.

Sesungguhnya Facebook boleh membantu mengatasi masalah lupa Mahathir.

BACA JUGA: AGC tegaskan pengampunan Anwar ikut prosedur, Mahathir pun hadiri mesyuarat

Pengampunan Anwar salah? Pengampunan Anwar sah, dari segi undang-undang