PRN Sabah: Di mana Pakatan Harapan bertanding?
Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan UPKO.
Sabah pula terdiri daripada 73 dewan undangan negeri.
Semalam PKR mengesahkan bahawa ia bertanding di 10 kerusi DUN.
Kerusi-kerusi tersebut ialah:
N18 Inanam
N44 Tulid
N23 Petagas
N61 Segama
N52 Gum Gum
N20 Api Api
N72 Merotai
N35 Melalap
N28 Sindumin
N54 Karamunting
DAP pula bertanding lapan kerusi iaitu:
N69 Sri Tanjong
N55 Elopura
N56 Tanjung Papat
N25 Kapayan
N21 Luyang
N22 Tanjung Aru
N19 Likas
Kerusi kelapan yang belum diumumkan besar kemungkinan ialah kerusi N36 Kemabong yang akan ditandingi oleh Senator Noorita Sual.
Setakat ini AMANAH mengesahkan bahawa ia hanya bertanding satu kerusi iaitu di N52 Sulabayan.
UPKO masih belum menamakan calon dan kawasan yang ditandingi. Yang pasti UPKO akan bertanding di tujuh kerusi DUN.
Walau bagaimanapun, yang pasti adalah ia akan mempertahankan N11 Kadamaian, kerusi yang diwakili oleh presidennya Datuk Ewon Benedick.
Satu lagi kerusi yang telah diumumkan oleh Ewon ialah N20 Moyog.
Lima lagi kerusi yang besar kemungkinan ditandingi juga oleh UPKO ialah:
N35 Melalap
N9 Tamparuli
N11 Kiulu
N33 Bingkor
N27 Limbahau
Pakatan Harapan memasuki pilihan raya ini dengan hasrat akan bekerjasama dengan BN dan GRS.
Setakat ini, pertindihan kerusi tidak timbul di kerusi-kerusi yang diumumkan oleh PKR, DAP dan AMANAH.
Pertindihan ini akan wujud di kerusi tandingan UPKO.
Kerusi-kerusi tersebut adalah Tamparuli, Kiulu yang diwakili oleh PBS.
PBS menganggotai GRS.
Kerusi-kerusi lain yang menjadi rebutan turut ditandingi oleh PBS dan merupakan kerusi tandingan Kadazan Dusun Murut.
Pilihan raya negeri (PRN) Sabah akan berlangsung pada 29 November. Penamaan calon ialah pada 15 November.
BACA JUGA: DAP names candidates for Sabah state election, 50% female candidates
Sabah polls: DAP takes Kemabong, hands Liawan to Umno, say sources
Ini dia senarai calon PKR di dalam PRN Sabah
Sah Ustaz Julpikar calon PH dari AMANAH di Sulabayan
PRN Sabah: Kerusi mana akan ditandingi UPKO?