Terbongkar TH labur dalam Putrajaya Perdana ketika Azeez Rahim jadi pengerusi, rugi RM145.3 juta

Pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam Putrajaya Perdana Berhad (PPB) mencetuskan persoalan tentang ketelusan dan kepentingan apabila Pengerusi TH ketika itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim adalah pengerusi syarikat berkenaan pada waktu sama.

Ketika mendedahkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, pelaburan berkenaan menjadi lebih dipersoalkan apabila syarikat terbabit terheret dalam urus niaga berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga TH akhirnya mengalami kerugian RM145.3 juta.

“Tabung Haji telah melabur dalam Putrajaya Perdana. Pengerusi TH ketika itu adalah Pengerusi Putrajaya Perdana. Orang yang sama. Dan kemudian syarikat terherat dalam urusniaga 1MDB, akhirnya TH rugi RM145.3 juta

“TH juga telah membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB ketika kontroversi sedang memuncak. Persoalan besar timbul apabila CEO TH merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB,” kata beliau.

Keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai asas dan pertimbangan di sebalik keputusan pelaburan TH ketika itu, sama ada keputusan berkenaan benar-benar dibuat berdasarkan kepentingan TH dan pendepositnya.

“Adakah pelaburan ketika itu untuk kepentingan TH atau untuk menyelesaikan masalah-masalah pihak lain?,” soalnya.

BACA JUGA Menteri sahkan lima surat amaran BNM langsung tidak diendah pengurusan TH, kerajaan BN

BACA JUGA ‘Ini isu penting untuk rakyat, tak perlu drama politik’ – Bersatu sindir Pas keluar Dewan

BACA JUGA PN keluar Dewan, Syed Saddiq, 4 Bersatu pilih kekal bahas RCI Tabung Haji

BACA JUGA Nak bahas PMX atau Tabung Haji? Anwar tempelak PN ‘main drama’

BACA JUGA Kerajaan umum hentikan bonus tinggi TH, berjaya dapat semula bayaran lama yang tak patuh

BACA JUGA Sidang khas bahas RCI TH kecoh, pembangkang ‘boikot’ keluar Dewan