Rangkuman minggu pertama sesi Dewan Rakyat

Semalam menandakan usainya minggu pertama persidangan dewan Rakyat ke 15. Berikut adalah rangkuman minggu pertama sesi Dewan Rakyat.

Terdapat beberapa pembaharuan dan ada juga kecacatan dari sudut ucapan ahli parlimen.

Dari sudut pembaharuan, waktu pertanyaan perdana menteri adalah suatu perkembangan positif untuk memekarkan proses demokrasi.

Sesi ini membolehkan ahli parlimen mengemukakan tiga soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diikuti dengan masing-masing satu soalan tambahan.

Dari sudut penjadualan, sesi soalan perdana menteri dijadualkan pada pukul 10 pagi, hari Selasa.

Satu lagi perkara menarik ialah laporan yang diberikan oleh Anwar seusai membuat lawatan ke Turkiye yang terkesan oleh kejadian gempa bumi.

Keprihatinan pemimpin terhadap keberadaan rakyat Malaysia yang menganggotai pasukan SMART yang membantu operasi menyelamat mangsa terserlah di dalam pengumuman beliau.

Anwar telah mengumumkan pemberian elaun khas dan pingat penghargaan untuk anggota pasukan SMART tersebut.

Perkara ketiga ialah kecacatan yang ditonjolkan oleh ahli parlimen, terutamanya ahli parlimen Perikatan Nasional.

Suhaimi Abdullah (Langkawi – PN) mengambil masa yang terlalu lama untuk menyatakan bahaya penggunaan dadah kepada masyarakat sehingga tidak sempat mengetengahkan isu lain.

Siti Mastura Muhammad (Kepala Batas-PN) pula tidak memberi peluang kepada ahli parlimen lain untuk mendapatkan penjelasan semasa beliau berucap tetapi mencelah semasa ahli parlimen lain berucap.

Apakah ini mutu ahli parlimen baru mereka?

Sebagai perbandingan, Syahredzan Johan (Bangi-PH) dalam ucapannya membangkitkan dua perkara iaitu skop luas seksyen 233 di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia dan nilai undi yang diberikan oleh pengundi di dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ketiga-tiga ahli parlimen yang tersebut adalah muka baru ke Dewan Rakyat.

BACA JUGA: Elaun khas, pingat perkhidmatan untuk petugas misi kemanusiaan di Turkiye, Syria

Tradisi waktu pertanyaan perdana menteri