Pelantikan ejen pemungut tidak jejas sistem MyJPJ
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan pelantikan syarikat sebagai ejen pemungut bagi beberapa urusan pengangkutan tidak akan menjejaskan atau mengambil alih sistem MyJPJ. Beliau berkata syarikat berkenaan hanya berperanan sebagai pemungut dilantik bagi pihak kerajaan, sama seperti agensi-agensi lain yang diberi kuasa mengutip bayaran tertentu. “Mereka adalah pemungut sahaja. Mereka tiada kaitan dengan MyJPJ……