Coretan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat pada Kongres Kebangsaan DAP 2025
OLEH WAN HAMIDI HAMID GEN 3 Jika hal-hal biasa isu politik seperti kaum dan agama diketepikan seketika, keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP boleh dilihat sebagai memenuhi aspirasi Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, yang mahu membina kepimpinan Generasi Ketiga (Gen 3). (Generasi Pertama diwakili Lim Kit Siang dan para mendiang Dr Chen Man Hin, Karpal…