Misi ‘akak kapal’ mahu manfaatkan pengalaman maritim untuk Sungai Balang
Calon Pakatan Harapan DUN Sungai Balang, Ayna Soraya Badaruddin mahu memanfaatkan ilmunya dalam bidang kejuruteraan maritim untuk membantu pembangunan penduduk setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan lebih luas kepada belia. Ayna Soraya, 31, yang digelar ‘akak kapal’ berkata, ini dapat mengurangkan kebergantungan anak muda untuk berhijrah mencari pekerjaan di luar kawasan. Beliau melihat Sungai Balang mempunyai…