Dua ahli pengurusan Selangor FC akan dipanggil polis
Dua pengurusan Selangor FC yang sebelum ini didakwa mungkin menjadi sasaran seterusnya selepas Faisal Halim disimbah asid akan diambil keterangan. Kedua-dua individu terbabit sudah dihubungi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. “Semalam, kita sudah hubungi dan akan ambil keterangan kedua-dua mereka,” katanya, dipetik BH, selepas melakukan tinjauan…