Jangan biar isu UEC berlarutan
LEE CHEAN CHUNG Saya mengalu-alukan pengumuman Kerajaan Perpaduan yang menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). UEC merupakan satu peperiksaan yang dibangunkan melalui usaha gigih rakyat tanah air kita dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ia bukan sahaja tidak bercanggah dengan Perlembagaan, malah dilindungi oleh Perkara 152(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “tiada apa-apa…