Akmal, politik jerit dan masa depan yang menggelisahkan
Peletakan jawatan Dr Akmal Saleh sebagai Exco Pemuda UMNO Melaka bukan sekadar satu episod dalaman parti. Ia disertai dengan satu siri kenyataan dan sindiran terbuka yang, walaupun tidak menamakan sesiapa secara langsung, jelas menyasarkan kepimpinan UMNO sendiri. Dalam bahasa politik, mesejnya terang: satu cabaran, satu serangan, dan satu isyarat bahawa politik jerit dan emosi terus…