Hasrat kerajaan kurangkan 30 peratus import bawang hampir tercapai
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini berjaya menghasilkan tiga varieti bawang baharu iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 yang memang terbukti sesuai dengan iklim dan keadaan tanah di Malaysia. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasil penyelidikan ini membuka lembaran baharu dalam usaha negara mengurangkan kebergantungan kepada bawang import….