Langgar ikrar taat setia, pembatalan 10 Exco Negeri Sembilan kini masuk Warta Kerajaan
Pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan kini direkodkan secara rasmi dalam Warta Kerajaan Negeri hari ini. Warta bernombor N.S. P.U. 18 itu diterbitkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dengan tajuk Pembatalan Pelantikan Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Dokumen itu menyatakan bahawa menurut Perkara XXXVIII(5)…