JPJ perhebat penguatkuasaan, gantung lesen lebih 500 syarikat pengendali kenderaan berat
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus memperhebat usaha penguatkuasaan terhadap syarikat pengendali kenderaan berat dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Tindakan tegas itu termasuk mencadangkan penggantungan lesen operasi 513 syarikat atas pelbagai kesalahan melanggar peraturan jalan raya sejak 2019 hingga April lalu. Menurut Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, antara kesalahan utama…